Pembangunan Plants vs. Zombies 2

Pada Ogos 2012, PopCap mengisytiharkan bahawa mereka sedang mengasas kelanjutan bagi siri permainan video mereka yang mahsyur, Plants vs. Zombies, dan sekuel itu nanti akan mempunyai "ciri, latar dan tetapan baharu".[4] Pada pengisytiharan kemudian, syarikat itu memberi penjelasan bahawa permainan video baharu akan terbit 18 Julai, 2013.[5] Pada tarikh 26 Jun, 2013, PopCap kembali mengisytiharkan pada akaun Twitter permainan itu ternit lebih cepat dari pengisytiharan awal. Pada 9 Julai, permainan itu terbit di Australia and New Zealand pada iOS App Store[6] dan terbit di semua negara pada 15 Ogos, 2013.[7] Versi Android terbit bagi semua negara pada 23 October, 2013.[8]

Penerbitan

Pada hari penerbitan permainan video itu bermula di manifesto iOS pada 15 Ogos dan, lima hari selepasnya, tajuk itu berjaya melampaui semua senarai peringkat aplikasi percuma di 137 negara. Pada 12 September, PopCap Games menerbitkan permainan video mereka di Android bagi China pada pelayar talian Baidu AppSearch dan mengisytiharkan permainan akan terbit di Google Play pada akhir tahun.[9]

Rujukan

WikiPedia: Plants vs. Zombies 2 https://www.player.one/plants-vs-zombies-2-power-p... http://soft.zol.com.cn/430/4306992.html https://www.metacritic.com/game/ios/plants-vs-zomb... https://toucharcade.com/2013/08/14/plants-vs-zombe... https://web.archive.org/web/20130902192335/http://... http://blog.popcap.com/2013/08/30/plants-vs-zombie... http://www.polygon.com/2013/12/17/5219420/apple-na... https://www.interactive.org/games/video_game_detai... http://www.shacknews.com/article/75360/plants-vs-z... http://news.softpedia.com/news/Plants-Vs-Zombies-2...